Walaubagaimanapun, kurang dari 200 ribu laman sesawang sahaja yang aktif dari jumlah tersebut.

Menurut data daripada Internet Live Stats, sejak lahirnya laman sesawang pertama di dunia info.cern.ch (World Wide Web Project) pada 6 Ogos 1991 yang dibangunkan oleh oleh Tim Berners-Lee (TBL) ketika bertugas di CERN (Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire aka European Council for Nuclear Research), laman sesawang telah bertambah pada setiap tahun dengan kadar yang sangat pesat.

laman sesawang pertama di dunia
Inilah rupa laman sesawang pertama di dunia oleh Tim Berners-Lee. Beliau juga adalah tokoh yang bertanggungjawab mencipta World Wide Web (www) yang digunakan sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, ia tidaklah begitu mendadak pada permulaannya. Dalam tahun 1992, hanya sebanyak 10 buah laman sesawang sahaja yang wujud pada ketika itu.

Tetapi selepas dari tahun 1993, laman sesawang muncul dengan begitu pesat. Dalam tahun 2013 sahaja, dianggarkan lebih daripada 180 juta laman sesawang baru telah wujud bagi tahun itu sahaja.

Sekaligus meningkatkan jumlah kewujudan laman sesawang pada penghujung tahun itu kepada lebih daripada 850 juta laman.

YouTube original UI
Laman YouTube pertama kali dilancarkan pada 23 April 2005. Video pertama yang dimuat naik ke dalamnya bertajuk ‘Me at San Diego Zoo‘ yang dimuat naik oleh Jawed karim, pengasas bersama YouTube.

Dalam tahun 2016 pula, laman sesawang yang wujud telah berganda dari 900 juta kepada 1.7 bilion laman sesawang.

Sejak dari itu, jumlah laman sesawang baru yang diaktifkan pula berada pada tahap konsisten iaitu sekitar 170 juta buah laman baru setiap tahun.

Jumlah laman sesawang di dunia
Jumlah laman sesawang yang wujud di dunia ketika penulisan dihasilkan. Jumlah tersebut terus bertambah pada setiap saat.

Anda boleh melihat carta di bawah yang disediakan oleh laman Internet Live Stats bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang perkembangan jumlah laman sesawang serta jumlah pengguna internet di seluruh dunia.

Turut dimuatkan termasuklah tahun kewujudan beberapa laman sesawang popular di dunia seperti Twitter, YouTube dan Google.

Year
(June)
Websites Change Internet Users Users per
Website
Websites launched
2018 1,630,322,579 -8%
2017 1,766,926,408 69%
2016 1,045,534,808 21%
2015 863,105,652 -11% 3,185,996,155* 3.7
2014 968,882,453 44% 2,925,249,355 3.0
2013 672,985,183 -3% 2,756,198,420 4.1
2012 697,089,489 101% 2,518,453,530 3.6
2011 346,004,403 67% 2,282,955,130 6.6
2010 206,956,723 -13% 2,045,865,660 9.9 Pinterest, Instagram
2009 238,027,855 38% 1,766,206,240 7.4
2008 172,338,726 41% 1,571,601,630 9.1 Dropbox
2007 121,892,559 43% 1,373,327,790 11.3 Tumblr
2006 85,507,314 32% 1,160,335,280 13.6 Twttr
2005 64,780,617 26% 1,027,580,990 16 YouTube, Reddit
2004 51,611,646 26% 910,060,180 18 Thefacebook, Flickr
2003 40,912,332 6% 778,555,680 19 WordPress, LinkedIn
2002 38,760,373 32% 662,663,600 17
2001 29,254,370 71% 500,609,240 17 Wikipedia
2000 17,087,182 438% 413,425,190 24 Baidu
1999 3,177,453 32% 280,866,670 88 PayPal
1998 2,410,067 116% 188,023,930 78 Google
1997 1,117,255 334% 120,758,310 108 Yandex, Netflix
1996 257,601 996% 77,433,860 301
1995 23,500 758% 44,838,900 1,908 Altavista, Amazon, AuctionWeb
1994 2,738 2006% 25,454,590 9,297 Yahoo
1993 130 1200% 14,161,570 108,935
1992 10 900%
Aug. 1991 1 World Wide Web Project

Sumber: Internet Live Stats

P/s: Tim Berners-Lee memulakan proposal bagi projek WorldWideWeb dalam bulan Mac tahun 1989. Pada November 1990, beliau mula membangunkan prototaip awal WorldWideWeb di atas sistem NeXT.

Antaramuka prototaip awal WorldWideWeb yang dibangunkan oleh Tim Berners-Lee di atas sistem operasi NeXTSTEP.

Sumber: WorldWideWeb, W3C, info.cern.ch, Internet Live Stats

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here