Shlayer 30% lebih banyak menyerang pengguna macOS pada tahun lalu.

Menurut laporan oleh penyelidik keselamatan komputer dari Jerman, Kaspersky mendakwa Shlayer adalah perisian hasad yang paling kerap menyerang pengguna macOS sepanjang tahun 2019 lalu.

Sekaligus meletakkannya ditangga pertama oleh Kaspersky dari 10 perisian hasad lain yang turut menyerang pengguna macOS tahun lalu.

10 perisian hasad paling kerap menyerang pengguna macOS dari Januari hingga November 2019. Kredit: Kaspersky

Shlayer bukanlah perisian hasad asing kepada pengguna macOS kerana ia telah mula dikesan sejak Februari 2018 dahulu lagi.

Shlayer adalah perisian hasad iklan yang digunakan penjenayah siber yang menjangkiti pengguna macOS bagi menjana keuntungan mudah.

Jika dulu ia menyerang pengguna macOS menerusi sebaran dari platfom perkongsian fail seperti BitTorrent dengan menyamar sebagai fail kemas kini Flash Player palsu atau menerusi laman-laman penstriman video percuma (cetak rompak) sebagai platfom untuknya menyerang mangsanya.

Tetapi kini Shlayer turut dikesan menjadikan laman rasmi YouTube dan Wikipedia sebagai platfom untuknya menyebar dan menjangkiti mangsa.

Shlayer spreads via a partner network of thousands of websites, often targeting visitors of legitimate sites, including YouTube and Wikipedia. YouTube, where links to the malicious website were included in video descriptions, and Wikipedia, where such links were hidden in the articles’ references.

Malah Kaspersky juga mendapati algoritma Shlayer yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Python itu telah berevolusi berbanding pertama kali ia ditemui dahulu.

Setakat ini Kaspersky mendakwa, 1 dari 10 pengguna macOS telah menjadi mangsa Shlayer.

Statistik mereka menunjukkan perisian hasad Shlayer ini banyak menyerang pengguna macOS di Amerika Syarikat (31%), Jerman (14%), Perancis (10%) dan UK (10%).

Walaupun perisian hasad ini tidak pula menyerang pengguna macOS dengan mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas komputer pengguna atau sehingga mencuri data sulit (seperti info perbankan) pengguna macOS.

Tetapi ia masih menjadi cara popular untuk penjenayah siber menjana keuntungan mudah dengan menjangkiti pengguna sistem macOS sehingga kini.

“…we can conclude that the macOS platform is a good source of revenue for cybercriminals. The Trojan links even reside on legitimate resources — attackers are adept in the art of social engineering, and it is hard to predict how sophisticated the next deception technique will be.” Kaspersky.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here