Huawei GPU Turbo 3.0

Huawei dijangka akan menawarkannya pada hujung bulan Julai ini.

Huawei dilaporkan akan melepaskan kemas kini firmware terbaru bagi membolehkan lebih banyak telefon pintar mereka menyokong sistem fail EROFS (Extendable Read-Only File System) dan juga ciri GPU Turbo 3.0 pada penghujung Julai ini.

Telefon pintar yang dijangka akan menerima kemas kini tersebut termasuklah P30 Lite, P20 Lite, Nova 3i and Huawei Y9.

Sistem fail EROFS akan menjadikan telefon pintar Huawei beroperasi dengan lebih pantas serta GPU Turbo 3.0 mampu meningkatkan prestasi peranti memainkan aplikasi permainan popular.

Huawei telah mendedahkan senarai penuh aplikasi permainan yang menyokong ciri GPU Turbo 3.0 mereka.

Buat masa ini, sistem fail EROFS dan GPU Turbo 3.0 secara eksklusif hanya dimuatkan pada model peranti Huawei P30 Pro sahaja. EROFS menjanjikan peningkatan keupayaan storan membaca sehingga 20% serta penjimatan storan sehingga 2GB.

Manakala GPU Turbo 3.0 pula mampu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 10% serta mengoptimumkan sistem untuk aplikasi permainan.

Sumber: GSM Arena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here