Sonnet perkenalkan Dok Stesen Thunderbolt 3 (USB-C) terbaru untuk pengguna profesional Mac dan Windows.

Pada 8 Ogos 2018 yang lalu, syarikat Sonnet Technologies Inc. telah mengumumkan produk terbaru mereka iaitu Echo™ 11 Thunderbolt™ 3 Dock.

Ia merupakan sebuah peranti sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) yang boleh digunakan oleh pengguna Mac dan Windows.

Menerusi peranti ini, pengguna hanya perlu menggunakan 1 sahaja sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dari komputer mereka bagi membolehkan  komputer tersebut disambungkan bersama peranti-peranti yang lain.

Bagi pengguna profesional seperti editor video atau audio pastinya amat memerlukan peranti seperti ini kerana ia memudahkan untuk mereka menyambungkan pelbagai peranti-peranti penting lain yang perlu disambungkan kepada komputer ketika melakukan kerja-kerja mereka.

Peranti Dok Stesen Thunderbolt 3 (USB-C) ini dilengkapi dengan 5 sambungan bagi peranti USB 3.0, 1 slot pembaca kad SD, 2 sambungan Thunderbolt 3 (USB-C), 1 sambungan Gigabit Ethernet, 1 sambungan HDMI 2.0 dan sambungan audio 3.5mm.

Echo 11 Thunderbolt 3 Dock
Dok Stesen Thunderbolt 3 Sonnet berkelajuan sehingga 40Gbps ini mampu menyambungkan 11 peranti yang berbeza serentak.

Peranti Dok Stesen ini amat sesuai bagi mereka yang menggunakan komputer riba seperti Macbook Pro kerana ia mampu mengecas Macbook Pro anda pada kadar kuasa sehingga 87W yang mana ia bersamaan dengan penyesuai kuasa Macbook Pro 15″.

Malah Dok Stesen ini juga mampu menyokong paparan 2 skrin monitor 4K 60-hertz ultra high definition (UHD) serentak atau satu skrin monitor Thunderbolt 5K.

Echo 11 Thunderbolt 3 Dock
Dok Stesen ini turut boleh digunakan bersama Mac terdahulu yang dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 2 dan Thunderbolt. Cuma terdapat limitasi penggunaan serta kabel tambahan seperti penyesuai Apple Thunderbolt 3 (USB-C) ke Thunderbolt 2 diperlukan bagi membuat sambungan tersebut.

Echo™ 11 Thunderbolt™ 3 Dock ini sudah boleh dibeli terus dari laman web rasmi sonnetstore.com pada harga USD299. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru dari Sonnet ini, sila layari laman web sonnettech.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here