Spesifikasi baru Mac Pro 2013 bagi tahun 2017

In Mac On

Mac Pro 2017 kini sudah boleh ditempah.

Semalam Apple telah pun menaik taraf perkakasan bagi komputer Macintosh paling berkuasa mereka iaitu Mac Pro. Walaubagaimanapun, tidak ada perubahan dari segi rekaan atau perubahan drastik terhadap perkakasan pada Mac Pro tersebut. Cuma kini spesifikasi standad Mac Pro adalah menggunakan kuasa pemprosesan 3.5GHz 6-Core dengan 12MB L3 cache, kad grafik berkembar AMD FirePro D500 GPUs dengan 3GB GDDR5 VRAM serta RAM 16GB (sebelum ini hanya 12GB sahaja).

Begitupun AriffMac dapati hanya spesifikasi Mac Pro 6 Core sahaja yang ada dalam stok laman web Apple buat masa ini. Pembelian bagi spesifikasi Mac Pro dengan 8 Core pula masih belum ada lagi untuk pembelian atau tempahan dibuat. Harga jualan Mac Pro bermula dari RM12,999.00 bagi Mac Pro 6 Core manakala RM16,999.00 bagi Mac Pro 8 Core. Harga bagi kedua-dua Mac Pro ini adalah masih sama dengan harga yang sebelum ini.

Pembeli boleh mengkonfigurasikan Mac Pro menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa iaitu dengan menaik tarafnya kepada cip pemprosesan tertinggi 12 Core, tambahan RAM sehingga 64GB, tambahan ruang storan kepada 1TB serta menggunakan kad grafik berkembar AMD FirePro D700 yang lebih berkuasa. Namun begitu tiada sebarang penambahan sambungan peranti ke Mac Pro yang bermaksud tiada sambungan peranti Thunderbolt 3 aka USB-C.

Bagi mendapatkan info serta gambaran lebih lanjut tentang Mac Pro, sila layari laman web Apple.

Leave a reply:

Your email address will not be published.