Gandakan paparan monitor anda dengan Split View
Mac OSX El Capitan mempunyai banyak ciri-ciri istimewa yang mungkin anda tak sedar kehadirannya. Salah satu ciri istimewanya adalah Split View.
Split view membolehkan anda menggunakan 2 perisian/aplikasi sekaligus dalam mod skrin penuh (full screen) pada satu paparan monitor. Tidak kisah lah jika skrin anda kecil ataupun besar, ia amat berguna kepada anda.
Cara aktifkan Split View
Cara mengaktifkan Split View amat mudah. Anda pilih salah satu aplikasi seperti Google Chrome dan aktifkan mod skrin penuh.
Klik pada butang hijau untuk mod skrin penuh.
Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah aktifkan Mission Control. Selepas itu, katakanlah anda juga sedang menggunakan pelayar web Safari.
Sekarang anda tarik aplikasi Safari ke arah Google Chrome yang dibuka dalam mod skrin penuh tadi.
Kini anda sudah pun mengaktifkan Split View!
Kelebihan Split View
Split View memudahkan anda melakukan sesuatu kerja yang memerlukan pemerhatian berterusan. Anda akan dapat fokus dan kerja anda menjadi lebih mudah dan cepat. Anda juga boleh mengubah saiz paparan aplikasi/perisian yang anda mahukan.
Setakat yang ariffmac telah cuba, semua aplikasi yang didatangkan sekali bersama OSX El Capitan boleh mengaktifkan Split View. Antaranya seperti iTunes, Finder, Messages, Mac App Store, Preview dan QuickTime Player.
Terdapat juga aplikasi pihak ketiga yang boleh mengaktifkan Split View seperti Chrome, AppCleaner dan Open Office.
Limitasi Split View
Walaupun Split View ini canggih, tapi masih terdapat beberapa kelemahan yang dikesan. Split View hanya mampu menyokong 2 aplikasi/perisian sahaja untuk satu paparan. Perisian seperti Photoshop, FinalCutPro X dan Microsoft Words masih belum boleh menggunakan Split View. Ciri ini juga hanya terdapat dalam Mac OSX El Capitan sahaja.
Kesimpulan
Split View amat mudah digunakan dan anda pasti akan menyukai ciri-ciri dan kelebihan tersebut. Inilah kelebihan Mac OSX El Capitan.