Muzik video P.I.M.P

Masih ingat lagi dengan muzik video berjudul P.I.M.P yang dinyanyikan oleh artis Rap/Hip-Hop popular 50 Cent pada tahun 2003 dahulu?

Jika anda perasan, dalam muzik video tersebut ada memaparkan peranti muzik Apple iPod digunakan sebagai aksesori oleh artis tersebut.

Berdasarkan ciapan di laman Twitter oleh RapCentury, Steve Jobs dikhabarkan telah membayar sebanyak USD150 ribu bagi mempromosikan iPod di dalam muzik video 50 Cent itu.

Daripada pemerhatian ke atas rekaan model iPod yang digunakan dalam muzik video itu pula, didapati bahawa iPod tersebut adalah dari model 2003 yang dikenali sebagai iPod (Dock Connector).

Tahun yang sama pelancaran album 50 Cent yang berjudul Get Rich or Die Tryin‘.

Ia adalah model iPod generasi ke-3 yang dinaik taraf dari segi reka bentuk dan spesifikasi dari model sebelumnya iaitu iPod with touch wheel (generasi ke-2).

iPod generasi ke-3 diperkenalkan pada April 2003 dengan pilihan storan 10, 15 dan 30GB. Kemudian Apple menaik taraf pilihan storannya kepada 10, 20 dan 40GB pada September 2003.

Pengeluaran iPod generasi ke-3 ini telah pun ditamatkan sepenuhnya oleh Apple pada bulan Julai 2004.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here