Pemenang juga akan dijemput ke sesi bersama Menteri KKMM.

Anda ada idea bernas yang ingin dikongsikan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)?

Jika ada, Kementerian Komunikasi dan Multimedia ingin menjemput anda menyumbangkan idea dan cadangan baharu bagi pelaksanaan Pelan Strategik KKMM 2019-2023. Anda boleh  menghantar idea anda itu ke laman rasmi IDEA DAN CADANGAN KKMM.

ideas for KKMM

Malah jika idea anda itu terpiliha, anda berpeluang memenangi hadiah istimewa di samping menjadi jemputan ke sesi meja bulat bersama YB Menteri KKMM.

Peluang ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18-30 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here