FCPX Library Event & Project

Memahami Project, Event, Media Import dan Library Final Cut Pro X.

Aplikasi suntingan video Final Cut Pro X merupakan sebuah aplikasi profesional dari Apple. Ia banyak digunakan oleh para editor video profesional antarabangsa untuk menyunting video dan filem-filem mereka.

Tapi FCPX juga amat disukai oleh para editor video amatur dan juga para vlog seperti YouTube kerana ia mudah digunakan dan pantas.

Bagi anda yang baru hendak bermula dengan aplikasi FCPX ini, anda boleh memuat turun dan mencuba dahulu aplikasi FCPX ini secara percuma di laman rasmi Apple.

FCPX-UI
Antaramuka FCPX.

Tetapi sebelum itu ada baiknya juga anda memahami spesifikasi minimum yang diperlukan bagi menjalankan FCPX.

Baik, sekiranya anda telah sedia maklum dengan FCPX ini, bolehlah kita bermula dengan mencipta Project, Event dan Library.

Project, Event dan Library

Bagi memulakan projek suntingan video pertama anda bersama FCPX, berikut adalah langkah-langkahnya:-

1. Library

Library icon
Ikon Library.

Library mengandungi pelbagai aktiviti dan projek-projek di lokasi yang sama. Apabila anda mengimport video, audio, dan foto atau merakam terus ke dalam FCPX, kesemua fail-fail media mentah tersebut akan berada di dalam Library ini.

Jadi, langkah pertama yang perlu anda lakukan bagi memulakan projek suntingan anda adalah dengan mencipta Library.

FCPX Library
FCPX File > New > Library…

Selepas itu akan keluar satu kotak dialog bagi anda menyimpan dan menetapkan lokasi Library ini. Anda boleh menetapkannya di dalam Mac ataupun di dalam storan luar.

Library Movies

Tetapan default FCPX adalah di dalam Finder > Movies. Untuk contoh ini saya gunakan tetapan default tersebut. Anda boleh tetapkan lokasi Library ini ikut kehendak anda.

Library & Event
Library berjaya dicipta. Beri perhatian pada Library dan Event dahulu.

Apabila Library dicipta, ia akan turut mengandungi folder Smart Collections dan Event.

2. Event

Event icon
Ikon Event.

Event pula adalah folder yang berada di dalam Library yang menyimpan projek-projek serta segala klip video, audio, dan foto. Setiap media fail di dalam folder Event ini merujuk kepada media yang terkandung di dalam Mac atau storan luar anda.

Ia juga merupakan fail pangkalan data yang menyimpan fail media bagi memastikan segala media berada ditempatnya serta memudahkan anda mengesan fail media tersebut.

Event ini sebenarnya tidak perlu pun anda ciptakan yang baru sebab ia memang sudah sedia ada (automatik) berada di dalam Library.

Jadi anda boleh sahaja terus klik butang Import Media bagi memasukkan video, audio dan foto ke dalam FCPX.

3. Import Media

Import Media ikon

Untuk mengimport media ke FCPX, anda boleh klik pada butang ikon seperti rajah di atas atau gunakan pintasan kekunci Command+I.

Contoh media yang saya demo kan ini sudah pun dipindah masuk ke dalam storan Mac. Tetapi seperti yang dinyatakan pada awal tadi, anda juga boleh mengimport media dari peranti pintar iOS, kamera, storan luar, kad memori SD dan lain-lain.

Cuma anda tidak boleh mengimport media secara terus dari peranti Android. Jadi anda perlulah memindahkan media dari peranti tersebut ke dalam Mac atau storan luar anda terlebih dulu.

FCPX Import Media

Paparan Media Import membolehkan anda mengakses fail-fail yang terdapat di dalam Finder, storan luar, kad memori SD, peranti iOS atau kamera yang disokong oleh FCPX.

Di sini juga terdapat tetapan-tetapan penting yang perlu anda berikan perhatian.

  • Add to existing eventmedia yang diimport akan berada secara automatik di dalam folder Event yang sedia ada (nama event sedia ada ini boleh ditukar kemudiannya dengan tekan kekunci return).
  • Create new event inmedia yang diimport akan berada di dalam folder event yang baru dicipta di mana anda juga boleh menamakan folder event tersebut.
  • Copy to librarytetapan ini akan menyalin semula media asal ke dalam folder Event yang terletak di dalam Library. Tetapan ini amat sesuai bagi anda yang menyalin media seperti dari kad memori SD, kamera atau peranti iOS.
  • Audio Roles – tetapan ini membolehkan anda menetapkan audio kepada Automatically, Dialogue, Effects atau Music. Sebagai permulaan, pilih saja tetapan Automatically dan tandakan juga pada kotak Assign iXML track… di bawahnya.
  • Create optimized media – tetapan ini akan menukar format video yang diimport kepada format pengkodan Apple ProRes 422. Tetapan ini baik untuk prestasi komputer beroperasi dengan lebih pantas serta memberikan kualiti warna gambar yang lebih baik ketika proses compositing dibuat.
  • Create proxy media FCPX secara automatik akan mencipta media proksi (separuh kualiti daripada kualiti media asalnya). Sekaligus dapat mempertingkatkan prestasi suntingan FCPX yang mana amat sesuai bagi pengguna mengoperasikan FCPX pada komputer Mac yang sudah berusia.
Analyze and fix
Tetapan tambahan lain yang terdapat pada Media Import.

Selepas selesai dan berpuas hati pada bahagian tetapan Media Import, anda bolehlah klik butang Import Selected.

Import media done
Media berjaya diimport ke dalam folder Event T1.

(Anda juga boleh import media ke dalam FCPX menggunakan cara drag n drop. Media yang diimport cara itu akan menggunakan tetapan yang sama yang telah dibuat anda sebelum ini)

4. New Project

Langkah terakhir ini pula adalah anda perlu mencipta project bagi mencipta ruang garis masa atau lebih dikenali sebagai Magnetic Timeline bagi membolehkan proses suntingan video dibuat.

Untuk mencipta Project, anda pergi ke bar menu, pilih File > New > Project atau pintasan papan kekuncinya Command+N.

Satu kotak dialog akan muncul seperti rajah di bawah yang membolehkan anda menamakan nama projek, tetapan Event bagi Project serta permulaan kod masa video tersebut.

New Project
Paparan tetapan automatik bagi Magnetic Timeline.

Untuk peringkat awal ini, kita akan gunakan tetapan automatik bagi mencipta Magnetic Timeline. Dah mahir nanti baru kita akan gunakan tetapan Use Custom Settings.

FCPX Magnetic timeline
Antaramuka FCPX selepas Library, Event dan Project berjaya dihasilkan.

Itulah proses bagi memulakan projek suntingan video anda di aplikasi Final Cut Pro X. Proses selanjutnya serta tips-tips lain FCPX akan dibincangkan dalam tutorial FCPX akan datang.

Bersambung…

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here