Tetapi penumpang masih dibenarkan membawa masuk MBP mereka secara bawa tangan ke dalam kabin pesawat.

Laporan sebelum ini menyatakan hanya model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017 sahaja yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam penerbangan.

Tetapi bagi syarikat penerbangan Virgin Australia, mereka menyekat kesemua model Macbook daripada dibenarkan disimpan diruang kargo bagasi pesawat.

Tidak kiralah sama ada Macbook tersebut terjejas dengan isu bateri panas yang dipanggil semula oleh Apple atau pun tidak terkesan dengan isu tersebut.

Due to a worldwide recall by Apple of a number of Apple MacBook batteries, ALL Apple MacBooks must be placed in carry-on baggage only. No Apple MacBooks are permitted in checked in baggage until further notice.” Virgin Australia.

Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya penumpang masih dibenarkan membawa masuk Macbook mereka ke dalam kabin pesawat secara bawa tangan (hand carry).

Manakala bagi pihak Qantas pula, walaupun para penumpang masih dibenarkan membawa masuk Macbook Pro mereka ke dalam pesawat secara bawa tangan, tetapi pemilik tidak dibenarkan menghidupkannya sama sekali di dalam pesawat Qantas.

Until further notice, all 15-inch Apple MacBook Pros must be carried in cabin baggage and switched off for flight following a recall notice issued by Apple” Jurucakap Qantas.

Syarikat penerbangan di Asean pula termasuklah Singapore Airlines (SIA), Thai Airways, Air Asia dan Royal Brunei Airlines telah pun mula menyekat Macbook Pro yang terjejas daripada dibawa masuk ke dalam pesawat mereka.

Sumber: ZDNet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here