apple Watch NikeLab
Edisi terhad Apple Watch NikeLab.

Syarikat sukan popular Nike hari ini mengeluarkan edisi terhad Apple Watch NikeLab di laman web rasmi mereka. Apple Watch edisi terhad ini merupakan kolaborasi antara Apple.Inc dan NikeLab. NikeLab menggunakan Apple Watch 2 yang diintegrasi bersama aplikasi Nike+ Run Club yang boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play, arahan Siri eksklusif, fungsi GPS, skrin yang 2 kali lebih cerah serta mampu menahan rintangan air sehingga ke dalaman 50 meter (tidak sesuai untuk penggunaan bagi aktiviti selaman scuba).

Edisi terhad Apple Watch NikeLab
Edisi terhad Apple Watch NikeLab ini tidak dijual di laman web Apple atau mana-mana pusat jualan rasmi Apple (kecuali di Apple Watch Store Isetan Shinjuku, Jepun).

Edisi terhad Apple Watch NikeLab ini hanya didatangkan dengan warna Space Gray yang dipadankan bersama rekaan tali jam eksklusif yang menggunakan 2 ton warna iaitu Light Bone/Black band. Terdapat 2 saiz standad yang dikeluarkan iaitu Apple Watch NikeLab (42mm) dan Apple Watch NikeLab  (38mm). Walaubagaimanapun yang tak bestnya adalah edisi jam ini tidak dijual di Malaysia mahupun di negara jiran yang berdekatan seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Sebaliknya ia hanya dijual di beberapa negara lain untuk benua Asia seperti di Korea, Jepun, China dan Hong Kong (negara-negara ini punyai pusat jualan bagi jenama NikeLab).

Edisi terhad Apple Watch NikeLab ini boleh mula dibeli menerusi laman web rasmi nike.com (mengikut negara terpilih yang ada menjual jenama NikeLab) bermula dari hari ini. Ataupun anda boleh terus dapatkannya dari pintu jualan NikeLab (hanya dibeberapa negara tertentu sahaja) dan di Apple Watch Store Isetan Shinjuku, Jepun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here