google+ ditamatkan

Laman sosial Google+ secara rasminya telah ditamatkan hari ini.

Seperti yang dijanjikan, Google hari ini telah menutup sepenuhnya laman sosial Google+ terhadap pemilik akaun individu dan jenama.

Google membuat keputusan mengumumkan untuk menutup laman sosial Google+ sejak Disember 2018 setelah mendapati pepijat di dalam laman tersebut telah mendedahkan lebih daripada 52.5 juta data privasi pemilik akaun Google+.

Selain daripada isu pepijat tersebut, sebab lain Google menutup Google+ adalah kerana kurangnya interaksi pengguna terhadap servis ini.

Menurut Google, sebanyak 90% pengguna Google+ akan menamatkan sesi mereka di situ selepas hanya berada selama 5 saat sahaja di dalam laman Google+.

Google+ bukan yang pertama

Penamatan servis Google+ bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini kerana sebelum ini juga Google telah menamatkan lebih daripada 100 produk mereka yang terdiri daripada aplikasi, perkakasan dan perkhidmatan.

Antara produk-produk Google sebelum ini yang telah ditamatkan adalah seperti Google News and Weather, Google Goggles, Google Portfolios, Inbox by Gmail dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut tentang produk-produk Google lain yang telah ditamatkan sebelum ini di laman sesawang Killed By Google.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here