HTC Dream
HTC Dream adalah telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi Android.

Android adalah sistem operasi bagi peranti pintar paling popular ketika ini. Ia mula dilancarkan pada tahun 2008 oleh Google dan ia merupakan sistem operasi yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Linux dan secara asasnya direka untuk digunakan pada peranti pintar.

Walaubagaimanapun, Android sebenarnya bukanlah dibangunkan oleh Google. Sebaliknya ia sebenarnya dibangunkan oleh Android Inc. pada tahun 2003.

Hanya pada tahun 2005 barulah Google Inc. membeli Android Inc. dengan harga USD50 juta dan meneruskan pembangunan sistem operasi Android untuk peranti pintar.

Telefon Android pertama

Selepas hampir 2 tahun telefon pintar Apple iPhone diperkenalkan, barulah telefon pintar Android pertama diperkenalkan. Syarikat HTC menjadi syarikat pertama menggunakan sistem operasi Android untuk telefon pintar pertama mereka iaitu HTC Dream.

HTC Dream yang dilancarkan pada 23 September 2008 menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi Android.

HTC Dream putih
HTC Dream turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 3.2″ dan papan kekunci fizikal.

Sepesifikasi dan ciri-ciri utama

Telefon pintar HTC Dream ini menggunakan sistem operasi Android versi 1.6 (Donut). Ia dilengkapi dengan perkakasan seperti RAM berkapasiti 192MB, 256MB memori ROM terbina dalam dan menyokong storan kad mikro SD berkapasiti 16GB (maksimum).

Ia dikuasakan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 1150 mAh dan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm MSM7201A ARM11, 528 MHz. Ia turut mempunyai kamera belakang 3.15 megapiksel dengan ciri auto fokus.

Pada bulan Mei 2017 yang lalu, Google menyatakan bahawa pengguna aktif Android adalah lebih daripada 2 bilion pengguna.

Untuk pengetahuan anda, sistem operasi Android bukan sahaja digunakan untuk telefon pintar sahaja, tetapi juga ia kini turut digunakan pada barangan elektronik lain seperti jam pintar, televisyen pintar serta sistem kawalan di dalam kereta moden.

Selepas 10 tahun peranti pertama Android diperkenalkan, sistem operasi Android terus berkembang dengan pesat dan berevolusi dengan pelbagai ciri-ciri moden untuk telefon pintar.

Kini bukan telefon pintar HTC sahaja yang menggunakan sistem operasi Android, tetapi telefon pintar yang dibangunkan Samsung, Nokia, HUAWEI, OPPO dan banyak lagi pengeluar telefon pintar lain turut menggunakan sistem operasi Android untuk telefon keluaran syarikat mereka.

 

Sumber artikel: Android Authority dan SpinFold 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here