iphone 7 malaysia

iPhone 7 Plus? Hmmm…

Syarikat penganilisis data peranti pintar, Device Atlas baru-baru ini telah pun mengeluarkan laporan terbaru mereka berkaitan data penggunaan peranti-peranti pintar di seluruh dunia bagi tahun 2018 yang lalu dan tahun 2019.

Antara data-data menarik yang dikongsi mereka adalah model telefon pintar paling popular untuk tahun 2019, model iPhone paling popular 2018 dan model telefon pintar Android paling popular 2018.

Berikut adalah model telefon pintar paling popular yang digunakan oleh pengguna di Malaysia untuk tahun 2019:-

CountryPositionPhone modelShare
Malaysia1iPhone 7 Plus5.65%
Malaysia2iPhone 65.41%
Malaysia3Samsung Galaxy J2 Prime LTE4.27%
Malaysia4iPhone 73.38%
Malaysia5iPhone 6S2.96%
Malaysia6iPhone X2.38%
Malaysia7iPhone 5S2.32%
Malaysia8iPhone 6S Plus2.29%
Malaysia9Samsung Galaxy Note 51.96%
Malaysia10Samsung Galaxy Note 3 4G LTE1.56%
Malaysia11iPhone 8 Plus1.53%
Malaysia12Samsung Galaxy J7 Prime1.49%

Berikut pula adalah senarai model iPhone yang paling popular digunakan oleh pengguna iPhone di Malaysia untuk tahun 2018:-

Country2018 RankPhone modelTraffic Share
Malaysia1iPhone 7 Plus5.65%
Malaysia2iPhone 65.41%
Malaysia3iPhone 73.38%
Malaysia4iPhone 6S2.96%
Malaysia5iPhone X2.38%
Malaysia6iPhone 5S2.32%
Malaysia7iPhone 6S Plus2.29%
Malaysia8iPhone 8 Plus1.53%
Malaysia9iPhone 6 Plus1.34%
Malaysia10iPhone 81.32%
Malaysia14iPhone XS0.06%
Malaysia16iPhone XS Max0.01%

Manakala ini pula adalah senarai telefon pintar Android paling popular yang digunakan oleh pengguna di Malaysia untuk tahun 2018:-

Country2018 RankPhone modelTraffic Share
Malaysia1Samsung Galaxy J2 Prime LTE4.27%
Malaysia2Samsung Galaxy Note 51.96%
Malaysia3Samsung Galaxy Note 3 4G LTE1.56%
Malaysia4Samsung Galaxy J7 Prime1.49%
Malaysia5Samsung Galaxy J3 (2016)1.42%
Malaysia6Samsung Galaxy J1 Ace1.36%
Malaysia7Samsung Galaxy S81.33%
Malaysia8Samsung Galaxy S7 Edge1.32%
Malaysia9Samsung Galaxy Note 81.26%
Malaysia10Oppo A371.17%

Daripada data-fata tersebut, bolehlah disimpulkan bahawa sebahagian besar pengguna telefon pintar di Malaysia tidak menggunakan model-model telefon premium yang mahal harganya.

Malah kebanyakkan mereka juga masih kekal menggunakan model lama dan amat rendah peratusan pengguna yang menaik taraf kepada model telefon pintar baharu.

Untuk dapatkan data-data yang lebih lagi seperti data peranti pintar di negara-negara lain, anda boleh layari laman sesawang Device Atlas.

Di situ anda juga boleh dapatkan data berkenaan penggunaan GPU yang paling banyak digunakan dalam telefon pintar, resolusi skrin yang paling banyak digunakan dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here