The Mac Index membolehkan anda melihat dan membandingkan harga produk-produk Apple di lebih 30 buah negara

The Mac Index

Laman sesawang yang berkaitan dengan harga produk-produk Apple ini adalah hasil buah tangan anak Malaysia.

Jika anda seorang peminat produk-produk Apple, suka melawati pelbagai negara lain di dunia dan mencari harga terbaik bagi sesebuah produk Apple yang mungkin lebih murah berbanding di Malaysia, anda patut melayari laman sesawang The Mac Index.

Laman sesawang istimewa ini menyenaraikan hampir kesemua produk-produk popular Apple. Dari komputer Apple Macintosh, iPhone sehinggalah iPod Touch ada disenaraikan di sini.

6 produk popular utama yang disenaraikan di laman The Mac Index. Kredit imej: The Mac Mac Index

Untuk membandingkan atau melihat harga produk Apple di negara-negara lain, contohnya iPhone XS, anda hanya perlu pilih model iPhone tersebut dan secara automatik satu tetingkap akan muncul dan anda boleh lihat senarai harga jualan model iPhone tersebut di 37 buah negara.

harga iphone XS

Malah selain produk-produk utama tersebut, disenaraikan juga produk-produk aksesori Apple seperti HomePod, Magic TrackPad 2, Magic Mouse 2 dan banyak lagi.

Harga Aksesori Apple
Bahagian aksesori dibahagikan mengikut kategori iaitu Sounds, Connector, Inputs, Protection, Power dan Accessories lain.

Buah tangan anak Malaysia

Menjadikan laman sesawang ini lebih istimewa dan membanggakan sebenarnya adalah kerana ia dibangunkan oleh anak Malaysia.

Individu yang bertanggunjawab membangunkan laman sesawang The Mac Index ini adalah saudara Wafiq Rodzuan, seorang pengaturcara muda yang baru berumur 31 tahun.

AriffMac telah menghubungi beliau sendiri bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pembangunan dan perancangan beliau untuk laman tersebut.

Menurut Wafiq, The Mac Index sebenarnya telah mula dibangunkan sejak April 2016 lagi.

Cuma versi terbaru yang mula dilancarkan pada Disember 2018 lalu adalah hasil yang dibangunkan dari peringkat awal semula.

Tambah beliau lagi, yang menjadi pencetus idea untuk beliau membangunkan TMI kerana beliau kerap ke luar negara dan suka membandingkan sama ada harga produk-produk Apple di luar negara adakah lebih murah ataupun tidak.

“Saya kerap ke luar negara dan menjelajah sambil bekerja remotely, jadi saya kerap ingin melihat harga produk Apple di negara lain jika berbaloi untuk dibeli berbanding di Malaysia.

Pada 2015, saya beli Macbook Pro berharga RM8K di Singapura dan mendapat penjimatan sebanyak RM1K” Wafiq Rodzuan.

Perancangan masa depan untuk The Mac Index

Jika dilihat kepada laman TMI, sebenarnya ia sudah cukup sempurna. Tetapi bagi Wafiq, beliau merasakan masih ada yang boleh ditambah baik.

Menurut beliau, untuk perancangan akan datang, beliau mahu mewujudkan satu ruang cadangan di mana pembeli akan dapat mengetahui kos yang diperlukan untuk membeli sesuatu produk Apple berdasarkan jarak lokasi dan kos tiket penerbangan.

Beliau juga bercadang membangunkan ciri yang dapat memberikan notifikasi pantas jika terdapat sebarang penurunan harga terhadap sesuatu produk Apple.

Apabila ditanya pula tentang perancangan sama ada akan mengalih bahasa laman TMI ke pelbagai bahasa lain pula, beliau berkata…

“Belum ada. Walaupun kini terdapat pelawat dari seluruh dunia, mereka faham bagaimana untuk mengggunakan website The Mac Index kerana ia menumpukan kepada data, bukan kandungan atau bahasa”.

Jadi, bagi para pengembara dan kipas susah mati produk-produk Apple, anda bolehlah layari laman sesawang The Mac Index bagi melihat dan membandingkan dulu harga produk Apple yang mahu dibeli di negara yang akan dilawati terlebih dulu.

Jadi anda dapatlah merancang membeli-belah produk Apple yang diminati dengan lebih baik nanti.

P/s: Jutaan terima kasih AriffMac ucapkan pada saudara Wafiq Rodzuan yang sudi meluangkan masa beliau di hari minggu ini untuk bersembang santai menerusi laman Twitter beliau.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here