Kolaborasi bersama antara Ketua Reka Bentuk Apple dan pereka bentuk industri terkenal ini menghasilkan cincin berlian istimewa untuk acara lelongan amal.

Apple kini menambahkan lagi portfolio mereka dalam penghasilan produk-produk. Apple memang diketahui umum ia adalah sebuah syarikat pembangun peralatan elektronik dan perisian. Malah Apple juga dikhabarkan sedang membangunkan kereta mereka sendiri.

Tidak berhenti setakat itu, Apple kini turut terlibat dalam menghasilkan cincin berlian. Cincin berlian yang dikenali sebagai THE (RED) DIAMOND RING’ ini direka oleh Jonathan Ive merangkap Ketua Reka Bentuk produk Apple. Bersama dengannya seorang lagi adalah tokoh terkenal pereka bentuk industri, Marc Newson.

Cincin berlian RED
Keseluruhan bentuk cincin ini dibentuk dari seketul berlian. Pandangan pelbagai sudut cincin tersebut. Kredit imej: Sothebys

Mereka berdua bertanggungjawab mereka bentuk cincin yang diperbuat daripada berlian keseluruhannya secara ekslusif untuk lelongan amal (RED) oleh Diamond Foundry.

Cincin berlian ini dianggarkan bernilai antara USD150 ribu hingga USD250 ribu yang boleh dikustomasikan mengikut saiz jari pembeli yang berjaya memilikinya dalam lelongan tersebut. Acara lelongan amal yang akan dihoskan oleh  akan berlangsung pada 5 Disember 2018.

Bagi yang mungkin tidak tahu, selain komputer, peranti pintar popular iPhone, pembangunan perisian dan servis lain-lainnya, Apple turut menghasilkan buku khas “Design by Apple in California”.

Buku tersebut hanya boleh dibeli menerusi laman web rasmi Apple sahaja yang berharga dari RM819.00.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here