Thunderbolt 4

Didakwa akan 4 kali lebih pantas berbanding USB 3.

Intel telah pun secara rasminya mengumumkan cip pemprosesan generasi terbaru mereka iaitu Tiger Lake di CES 2020.

Tiger Lake adalah cip pemprosesan selepas Ice Lake yang dibangun berasaskan proses 10nm yang dilengkapi dengan teknologi grafik terbina dalam Intel Xe DG1 GPU.

Intel mendakwa, kuasa grafik Tiger Lake adalah 2 kali ganda lebih baik dari versi sebelumnya. Atau dikatakan menyamai dengan prestasi grafik cip NVIDIA GeForce GTX 1050 menurut laman Notebook Check.

Selain itu, menerusi Tiger Lake juga Intel akan mula menyokong sambungan Thunderbolt generasi ke-4. Intel mendakwa, Thunderbolt 4 akan memberikan prestasi sehingga 4 kali lebih pantas berbanding USB 3.

Tiger Lake will deliver double-digit performance gains, massive AI performance improvements, a huge leap in graphics performance and 4x the throughput of USB 3 with the new integrated Thunderbolt 4.” Intel

Sebagai perbandingan, kelajuan pindahan data menerusi USB 3 (SuperSpeed+ aka USB 3.2 Gen 2) yang terbaru mampu mencecah kelajuan sehingga 20Gbit sesaat atau bersamaan dengan saiz data 2.5GB sesaat.

Sementara versi Thunderbolt 3 yang digunakan pada semua model komputer Apple Macintosh ketika ini mampu menyokong kelajuan data sehingga 40Gbps atau 10Gbps bagi USB 3.1 Gen 2.

Bermakna versi Thunderbolt 4 pastinya akan lebih pantas dari versi Thunderbolt 3 nanti (tiada data tepat dikongsikan Intel setakat ini).

Intel memaklumkan bahawa Intel Tiger Lake akan mula ditawarkan kepada para pengeluar komputer dalam tahun ini juga.

Tetapi belum ada sebarang berita sama ada Apple akan mula menggunakan cip Intel terbaru ini atau melengkapi sambungan Thunderbolt 4 dalam komputer Macintosh mereka tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here