Macbook Air 2019

Isu termal masih dibimbangi.

Seperti semua sedia maklum, Apple telah pun mula menawarkan model terbaru komputer riba mampu mampu milik, MacBook Air 2020.

Perkara menarik yang ada pada MacBook Air terbaru ini adalah Apple akhirnya menggantikan rekaan papan kekunci butterfly yang bermasalah dengan kembali menggunakan rekaan gunting aka Magic Keyboard.

Jadi, isu papan kekunci yang dihadapi pengguna MBA sebelum ini akhirnya tinggal kenangan.

Selain itu, MBA 2020 juga kini menggunakan cip pemprosesan terbaru Intel iaitu Intel Dual Core Gen-10. Menggantikan Intel Dual Core Gen-8 yang digunakan sebelum ini.

Malah kapasiti standad storan MBA 2020 juga kini bermula dari 256GB (kini ditawarkan pilihan kapasiti storan sehingga 2TB) dan harga MBA 2020 ditawarkan bermula dari RM4,399.00.

Sekaligus menjadikan harga MBA 2020 adalah RM300.00 lebih murah dari harga model MBA 2019.

Tidak lupa juga kepada kuasa grafik MBA 2020 yang dinaik taraf kepada Intel Iris Plus (menggantikan Intel UHD Graphics 617) serta perkakasan RAM 3733MHz LPDDR4X yang lebih pantas (sebelum ini 2133MHz LPDDR3).

Naik taraf perkakasan dan harga yang lebih murah 2020 sekaligus menjadikan MacBook Air lebih berbaloi dibeli oleh pengguna.

Naik taraf MacBook Air 2020 menjadikan ia lebih pantas dari model MacBook Pro 2019 serta baterinya mampu beroperasi sehingga 10jam. Kredit: Max Tech

Tetapi benarkah ia berbaloi dibeli?

Isu termal MBA masih dibimbangi

Disebalik naik taraf perkakasan dan harga yang lebih menarik, masih terdapat satu isu yang mungkin tidak disedari pengguna yang ada pada model MacBook Air iaitu isu termal.

Isu termal ini adalah merujuk kepada pengurusan haba pada model MBA.

Berdasarkan kepada pendedahan oleh seorang YouTuber bernama Max Tech, beliau mendedahkan, Apple masih tidak menambah baik perkakasan termal pada MacBook Air 2020.

Menurut Max Tech, MacBook Air 2020 beropearsi dengan cemerlang ketika menjalankan operasi-operasi biasa seperti melayari internet atau kerja-kerja ringan yang lain.

Walaubagaimanapun, MBA 2020 mula bermasalah apabila menjalankan operasi yang lebih berat seperti menjalankan aplikasi suntingan video profesional seperti Final Cut Pro X.

Malah, MBA 2020 juga menjadi lebih perlahan berbanding MBP 2019 apabila mengoperasikan aplikasi-aplikasi suntingan foto atau video.

Beliau juga mendapati suhu MBA 2020 adalah jauh lebih panas berbanding MBP 2019 ketika menonton video YouTube pada kualiti 4K atau menjalankan pelbagai aplikasi serentak.

Hal ini berlaku kerana, kipas penyejuk MacBook Air 2020 tidak bersambung dengan penenggelam haba (heatsink) yang ada di dalam MBA tersebut.

Dapat dilihat kipas penyejuk MBA 2020 tidak bersambung dengan penenggelam haba. Kredit: Max Tech

Disebabkan tidak bersambung, ia telah menyebabkan limitasi pada potensi sistem penyejukkan MacBook Air 2020.

Sekaligus ia akan menganggu prestasi MBA 2020 secara keseluruhannya serta mampu memendekkan jangka hayat perkakasan MBA terbaru ini.

Sistem penyejukkan MacBook Pro 2019 lebih baik berbanding MBA 2020. Kredit: Max Tech

Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini?

Kesimpulan

Sungguhpun Apple telah menaik taraf perkakasan MacBook Air 2020 dengan menjadikannya lebih pantas.

Tetapi ia tidak bermakna kerana prestasi MBA akan menjadi perlahan ketika mengoperasikan banyak operasi serentak yang akan menjadikannya semakin panas dek kelemahan ciri penyejukannya.

Sekaligus tidak memberi makna walaupun anda memilih menaik taraf cip pemprosesan MBA 2020 kepada Intel i5 atau i7 dengan harapan ia menjadi lebih pantas.

Jadi, kepada yang bercadang mahu membeli MacBook Air 2020 ini, ada baiknya anda memikirkan semula hajat anda itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here