“I think that’s an old, traditional view.” Tim Cook.

CEO Apple Inc, Tim Cook dalam temu ramahnya bersama dengan TechCrunch menyatakan bahawa, anda tidak memerlukan ijazah untuk mahir dalam bidang pengkodan aplikasi komputer.

“I don’t think a four year degree is necessary to be proficient at coding,” 

CEO Apple, Tim Cook

Beliau menambah, sekiranya anda boleh belajar bahasa pengaturcaraan komputer pada usia yang muda dan berdepan dengan kesukaran sepanjang proses pembelajaran tersebut, anda akan dapat melahirkan seorang pengaturcara muda seperti Liam.

Pengaturcara muda tersebut adalah merujuk kepada pelajar dari Lyman High School bernama Liam Rosenfeld yang baru berumur 16 tahun yang telah ditemui Tim Cook baru-baru ini.

Kredit imej: Orlando Sentinel

Liam mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Python seawal umur 7 tahun dan sejak itu beliau telah mula membangunkan pelbagai aplikasi dan turut belajar bahasa pengaturcaraan yang lain.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 350 penerima biasiswa dari Apple bagi menghadiri acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen McEnery, San Jose, California bermula dari 3 Jun hingga 7 Jun 2019 nanti.

Tema WWDC 2019 – Write code. Blow minds.

WWDC merupakan salah satu persidangan yang paling dinanti-nantikan dalam industri teknologi. Persidangan tersebut akan dihadiri oleh beribu-ribu profesional industri bagi mendengar pengumuman produk terbaru Apple khususnya berkaitan sistem operasi yang dibangunkan Apple bagi peranti-peranti mereka seperti macOS, iOS dan watchOS.

Selain itu, sepanjang tempoh acara tersebut berlangsung, pelbagai bengkel berkaitan pengaturcaraan dan taklimat tentang hala tuju masa depan sistem operasi turut dibentangkan oleh Apple kepada para peserta WWDC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here