
Kalau ‘cursor’ macOS anda selalu hilang.
Tetapan saiz ‘cursor‘ (anak panah tetikus) di macOS secara automatik akan ditetapkan pada saiz normal. Walaubagaimanapun, saiz normal itu mungkin terlampau kecil untuk anda.
Sehingga mungkin kerap menyebabkan isu anda kehilangan visual cursor tersebut kerana saiz yang kecil dan sukar untuk dilihat.
Jadi apa kata mudahkan penggunaan macOS anda dengan membesarkan saiz cursor tersebut.
Untuk menukar saiz cursor macOS, anda buka System Preferences.
Seterusnya pilih Accessibility > Display > Cursor.

Selesai. Selamat mencuba.