pengecas original bateri iphone

Hanya untuk iPhone 8 dan terbaru sahaja.

Ramai pemilik iPhone mengadu tentang masa yang diambil bagi mengecas iPhone mereka terlalu lama.

Memandangkan masa sekarang amat berharga, lebih daripada sejam itu dikira leceh dan membuang masa berharga mereka untuk menunggu iPhone dicas sehingga penuh.

Setiap pembelian iPhone memang ada didatangkan sekali bersama pengecasnya, cuma kuasa pengecas iPhone tersebut berkuasa rendah iaitu hanya 5W sahaja.

Masa yang diambil bagi mengecas iPhone dengan menggunakan pengecas standad itu akan memasa antara 1jam 20minit hinggalah hampir 2 jam. Bergantung kepada baki peratus bateri iPhone yang tinggal.

pengecas iphone
Alat pengecas iPhone standad hanya berkuasa 5W sahaja. Apple kedekut.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menjimatkan masa mengecas bateri iPhone, anda perlulah menggunakan pengecas yang lebih berkuasa.

Dengan kata lain, anda terpaksa keluarkan sedikit modal tambahan untuk membeli pengecas tersebut.

50% dalam masa 30 minit

Menurut Apple, model iPhone 8 dan terbaru menyokong ciri pengecasan pantas. Tetapi malangnya, Apple tidak menyertakan sekali alat pengecas yang cukup berkuasa untuk mempercepatkan masa cas bateri iPhone.

Sebaliknya, pemilik iPhone terpaksa membelanjakan wang tambahan bagi membeli pengecas tersebut.

Berikut adalah pengecas kuasa yang sesuai digunakan bersama iPhone:-

pengecas iphone 18W
Pengecas iPhone 18W USB-C ini berharga RM149.00. Kredit imej: Apple

Daripada senarai tersebut bermakna, sekiranya anda memiliki produk Apple yang lain seperti Macbook atau iPad (yang menggunakan pengecas kuasa jenis USB-C), anda sebenarnya boleh juga menggunakan pengecas kuasa tersebut bersama iPhone anda.

Apple menyatakan, pengecas kuasa yang lebih tinggi kuasanya mampu mengecas bateri iPhone sehingga 50% kapasiti dalam masa 30 minit.

Cuma sekali lagi diingatkan, ia hanya untuk model iPhone 8 dan terbaru sahaja.

  • iPhone XS Max
  • iPhone XS
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus

Selain daripada membeli pengecas yang lebih berkuasa, anda juga terpaksa membeli satu lagi aksesori tambahan iaitu…

Kabel Apple USB-C to Lightning

Memandangkan kesemua pengecas berkuasa itu menggunakan jenis sambungan USB-C, maka anda terpaksalah pula membeli kabel USB-C to Lightning.

Kabel Apple USB-C to Lightning ini berharga dari RM89.00. Kredit imej: Apple

Terdapat 2 saiz panjang kabel USB-C to Lightning yang dijual Apple iaitu 1meter (RM89.00) dan 2 meter (RM149.00).

Walaubagaimanapun…

Kebiasannya, memang AriffMac akan mengesyorkan kepada pembaca untuk membeli aksesori yang asli dari Apple sahaja. 

Tetapi dalam kes kabel USB-C to Lightning dari Apple ini, AriffMac syorkan anda elakkan dari membeli kabel tersebut.

Ini kerana terdapat beberapa aduan daripada pengguna yang merungut tentang kualiti kabel tersebut.

Jadi, di sini AriffMac mengesyorkan anda membeli kabel USB-C to Lightning dari pihak ketiga (MFI) yang diyakini kualitinya serta “certified” Apple seperti Belkin, Mophie dan lain-lain.

Cuma pastikan anda membeli kabel-kabel tersebut hanya dari pusat jualan sah Apple sahaja. Ini kerana kabel-kabel yang dijual selain dari pusat jualan tersebut amatlah diragui keasliannya.

Memang ia sedikit mahal tetapi berbaloi dan dijamin keasliannya. Anda boleh menyemak keaslian kabel-kabel MFI (made for iPhone, iPod, iPad) ini di laman Identify counterfeit or uncertified Lightning connector accessories yang disediakan Apple.

Kesimpulan

Dipendekkan cerita, Apple memang sangat kedekut dan menyusahkan pengguna dengan memaksa pengguna (secara tidak langsung) membeli aksesori tambahan yang dikeluarkan mereka.

Tetapi terdapat ura-ura baru-baru ini mengatakan, Apple akan menyertakan bersama pengecas kuasa 18W untuk iPhone 2019 nanti. Tunggu dan lihat, betul ke tidak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here