Untuk peminat kegelapan.

Apple mula perkenalkan tema gelap bermula dengan versi macOS Mojave 10.14 yang membolehkan antaramuka macOS diubah sepenuhnya kepada warna gelap.

Walaubagaimanapun, pengguna mungkin mahu meluaskan lagi ciri tema gelap itu pada laman sesawang yang mereka layari pula.

Sungguhpun tema gelap sebahagiannya telah sedia ada diaktifkan pada sebahagian laman sesawang, tetapi ia mungkin tidak menyeluruh.

Jadi, sekiranya anda ingin mengaktifkan tema gelap pada laman sesawang yang dilawati secara keseluruhannya, anda boleh memasang extension Dark Reader.

dark reader
Extension Dark Reader untuk Firefox.

Apabila Dark Reader dipasang pada pelayar, ia secara automatik akan diaktifkan dan menjadikan laman sesawang yang anda layari itu kepada tema gelap keseluruhannya.

Extension Dark Reader boleh dipasang pada aplikasi pelayar Safari (RM19.90), Chrome (Percuma) atau Firefox (Percuma) dengan memuat turunnya dari Chrome Web Store atau Firefox Browser Add-Ons.

Selamat mencuba.

P/s: Laman AriffMac memang telah sedia diaktifkan ciri tema gelap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here