Tips paparkan saiz folder di dalam Finder

Tips Calculate all sizes

Cara mudah untuk tahu saiz folder di dalam Finder macOS Mojave.

Pada kebiasaannya, setiap folder yang dipaparkan di dalam Finder tidak memaparkan saiz jumlah keseluruhan folder tersebut. Jadi jika anda ingin melihat saiz sesebuah folder, anda terpaksa aktifkan tetingkap Info folder tersebut.

Applications Info
Gunakan pintasan kekunci Command+I

Cara ini leceh, lambat dan ia hanya memaparkan saiz bagi folder yang dipilih sahaja. Lebih baik anda gunakan cara mudah ini yang membolehkan anda melihat saiz bagi kesemua folder yang ada di dalam Finder.

Calculate all sizes

Bagi melihat saiz kesemua folder Finder sekaligus, anda hanya perlu tandakan pada kotak pilihan Calculate all sizes.

Langkahnya adalah seperti berikut:-

1. Buka Finder

Folder
Seperti yang dapat dilihat, saiz folder-folder tersebut tidak dipaparkan

2. Pada Finder, pastikan mod paparan List view diaktifkan (kotak yang ditanda dengan warna hijau di rajah atas).

3. Kemudian pergi ke View di bar menu dan pilih Show View options.

Show view option
Atau guna pintasan kekunci Command+J

4. Anda akan dapati, satu tetingkap baru akan muncul yang membolehkan anda membuat tetapan bagi folder tersebut. Di sini, tandakan pada kotak pilihan Calculate all sizes.

List view show view option
Calculate all sizes.

5. Kini anda sudah boleh melihat kesemua saiz folder tersebut.

Folder macOSSelamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here