Pelayar web Tor melindungi privasi anda

Tor memastikan privasi anda sentiasa terjamin ketika anda melayari internet.

Anda mungkin tidak sedar, setiap kali anda melayari sesebuah laman web, data anda seperti perlakuan anda ketika melayari internet sebenarnya dikumpul oleh organisasi pemantau internet seperti Google, Facebook dan organisasi kerajaan seperti NSA (National Security Agency) US, (kalau Malaysia SKMM lah). Setiap kali anda melayari internet, data-data penting seperti lokasi, posting yang dibuat di media sosial dan pelbagai lagi aktiviti yang anda lakukan di internet diperhatikan oleh organisasi-organisasi tersebut (depa dok tengah perhati ariffmac kot la ni).

Jadi bagi mengelakkan data-data tersebut dikutip oleh mereka, anda amat memerlukan pelayar web yang boleh menjamin privasi anda sepanjang anda melayari internet.

Aplikasi pelayar web Tor

Rangkaian Tor diwujudkan oleh sekumpulan pelayan (server) sukarelawan yang beroperasi bagi membolehkan orang ramai untuk meningkatkan privasi dan keselamatan mereka di Internet. Tor akan melindungi privasi anda di internet dengan melindungi lokasi, nama, alamat IP internet anda dan banyak lagi. Apabila anda menggunakan Tor, segala maklumat anda akan dirahsiakan (encrypts) menggunakan protokol wrapper paket. Pelayar web biasa tidak menggunakan protokol seperti ini.

Cara penggunaan

Untuk menggunakan Tor, anda perlu lakukan penetapan terlebih dahulu.

 

Selepas sambungan ke rangkaian Tor berjaya, anda sudah boleh menggunakan aplikasi tersebut. Kalau anda amati antaramuka aplikasi Tor ini, anda akan dapati terdapat persamaan antaramukanya dengan aplikasi pelayar web FireFox. Cuma bezanya adalah Tor dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Bukan dari Malaysia.

Anda juga boleh mengubah tahap keselamatan yang dikehendaki di bahagian Privacy and Security Settings…

 

Kesimpulannya

Apa yang ariffmac boleh katakan adalah, sekiranya anda seorang yang amat mementingkan privasi, keselamatan di alam maya atau tidak mahu menggunakan aplikasi VPN seperti Betternet, Tor merupakan aplikasi yang dapat memberikan segala yang anda kehendaki. Tor bukanlah kebal dari diceroboh, tetapi ia dapat meningkatkan tahap kesukaran kepada penggodam untuk menjejaki anda. Aplikasi Tor boleh anda muat turunnya secara percuma dari laman web torproject. Selain Mac, aplikasi Tor ini juga ada bagi platfom Windows, Linux/Unix dan android.

 

Artikel Berkaitan

Pastikan kabel iPhone & iPad anda certified A... Jangan gunakan kabel yang tidak sah (not certified) bagi peranti iPhone dan iPad. Perhatian kepada pemilik iPhone, iPad dan iPod Touch, ariffmac nasi...
Mac perlukan Flash ke? Bahagian 2 Sebelum ini ariffmac telah pun menulis tentang "Mac perlukan Flash ke? Bahagian 1". Jadi untuk bahagian 2 ini, apa kata anda buang saja Flash tu. Seba...
Aplikasi Monolingual membuang bahasa dalam Mac OSX Jimatkan ruang storan anda dengan membuang bahasa yang tidak digunakan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis bahasa di dunia yang terdapat...
Goyangkan tetikus anda Dalam Mac OSX El Capitan ada satu ciri istimewa yang mungkin anda tidak sedar kewujudannya. Jika anda goyang-goyangkankan tetikus anda dengan laju se...
Aplikasi pelayar web terbaru Vivaldi Vivaldi, pelayar web alternatif terbaik untuk anda cuba. Sejak dari pagi sehingga sekarang, ariffmac masih lagi mencuba pelayar web Vivaldi ini. Ia b...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

Untuk privasi cuba aplikasi terbaru Opera VPN Opera pula tawarkan servis VPN tanpa had limit data. Nampaknya semakin banyak pelayar web menyediakan servis VPN untuk anda ...
Kesan & buang malware dan adware dengan Aplik... Malware merupakan perisian atau sebuah program fail yang dibangunkan dengan berniat jahat iaitu membawa kemudaratan (kacau-...
Cara membuka akaun Apple Biasanya, bagi membuat akaun Apple, anda akan dibantu oleh pekedai...kebiasaannya lah. Ramai daripada anda yang mungkin pert...
Apple perkenalkan MacBook Rose Gold Apple perkenalkan MacBook dengan warna dan pemprosesan terbaru. Semalam Apple Inc. telah menambahkan lagi pilihan warna bagi...
Aplikasi VOX alternatif pemain muzik iTunes Bosan dengan iTunes? Cuba aplikasi VOX! iTunes merupakan sebuah aplikasi popular yang dibangunkan khas oleh Apple untuk mema...