LOKASI Backup FCPX

Mengubah lokasi folder backup Library FCPX.

Apabila anda membuat tugasan suntingan video, adalah amat penting sekali anda membuat salinan (backup) terhadap projek-projek suntingan video tersebut.

Ini kerana ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan mahupun kehilangan data yang mungkin boleh berlaku akibat kerosakan sistem komputer ataupun disebabkan kesilapan anda sendiri.

Bagi pengguna Final Cut Pro X, mereka tidak perlu risau kerana aplikasi suntingan video ini telah dilengkapi dengan ciri backup automatik yang dibuat ke dalam folder Movies > Final Cut Backups.

Cuma, ciri backup ini hanya menyalin bahagian data penting untuk Library, Event dan Project sahaja. Ia tidak menyalin fail-fail media yang diimpot masuk ke dalam FCPX iaitu video, audio dan imej.

Malah fail backup tersebut secara automatik akan dibuang oleh FCPX apabila ia sudah lebih daripada beberapa hari.

Jadi, bagi mengelakkan FCPX membuang fail-fail backup tersebut, anda sebaiknya menetapkan lokasi fail backup FCPX ke dalam peranti storan luar.

Berikut adalah cara mengubah tetapan lokasi fail backup FCPX ke dalam storan luar:-

1.Pilih Library yang anda mahu ubah tetapan lokasi backup 

Library FCPX
Library FCPX

2. Kemudian klik pada butang inspector yang terletak disebelah kanan anda.

FCPX Inspector
Inspector memaparkan lokasi storan bagi Library yang dipilih anda.

Seterusnya di bahagian Storage Locations, klik pada butang Modify Settings.

3. Kemudian, akan keluar satu kotak pilihan yang membolehkan anda menetapkan lokasi fail backup FCPX.

fcpx storage locations
Klik pada Backups:

4. Pada pilihan Backups: anda bolehlah memilih lokasi storan luar yang disambungkan bersama Mac anda dan mencipta folder baru bagi fail backup FCPX.

Baik, itu adalah cara mengubah tetapan lokasi fail backup FCPX. Selesai.

Tetapi, seperti yang diberitahu awal tadi, ciri backup automatik FCPX hanya menyalin sebahagian data penting FCPX bagi LibraryEvent dan Project sahaja. Ia tidak menyalin fail-fail media yang terdiri daripada video, audio dan imej.

Tutorial seterusnya berkaitan dengan backup FCPX ini akan bersambung pada minggu hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here