iPhone X vs iPhone 8 vs 8 Plus
Jika anda masih lagi berbelah bahagi memilih iPhone terbaru Apple.

Apple Inc. telah perkenalkan 3 jenis iPhone terbaru untuk tahun ini iaitu iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X.

Ketiga-tiga iPhone ini mempunyai perbezaan dari segi ciri-ciri istimewanya yang mungkin anda sendiri sudah tahu. Sebagai contoh iPhone X mempunyai ciri terbaru imbasan wajah 3D dan paparan skrin OLED yang pertama kali digunakan oleh Apple di iPhone X.

Walaubagaimanapun, cip pemprosesan yang digunakan oleh ketiga-tiga peranti tersebut adalah jenis yang sama iaitu A11 Bionic. Jadi, adakah antara iPhone X, iPhone 8 dan 8 Plus turut mempunyai prestasi yang sama?

Untuk mengetahui perbezaan prestasi iPhone tersebut, anda boleh tonton video ujian menghidupkan ketiga-tiga iPhone tersebut secara serentak yang dibuat oleh iClarified.

Ujian tersebut dijalankan selepas proses restore semula setiap peranti kepada iOS 11.2 dibuat melalui aplikasi iTunes.

Hasil daripada ujian tersebut mendapati, masa bagi menghidupkan iPhone 8 adalah 9.583 saat. Ia diikuti oleh iPhone 8 Plus yang mengambil masa untuk menghidupkannya adalah 9.625 saat. Manakala iPhone X pula mengambil masa selama 11.167 saat.

Jadi, jika prestasi iPhone lebih penting kepada anda, anda patut membeli iPhone 8 sahaja berbanding iPhone 8 Plus atau iPhone X yang lebih mahal harganya.

Atau anda boleh membuat perbandingan antara iPhone X, iPhone 8 dan 8 PLus di laman web AppleĀ bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas perbezaan antara 3 model iPhone terbaru tersebut.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here