USB Type C

Belum sempat merasa USB 3.2, muncul pula USB4.

Pada minggu lalu, USB-IF telah mengumumkan sambungan USB 3.2 berkepantasan sehingga 20Gbps dijangka akan tiba pada tahun 2020 nanti.

Tetapi belum selesai dengan isu nama-nama versi USB 3 yang mengelirukan pengguna, pihak USB Promoter Group hari ini mengumumkan pula kehadiran USB4 yang turut dijangka akan tiba pada tahun 2020 nanti.

Spesifikasi Kelajuan Nama Baru Nama Pasaran
USB 3.0 5Gbps USB 3.2 Gen 1 SuperSpeed USB
USB 3.1 10Gbps USB 3.2 Gen 2 SuperSpeed USB 10Gbps
USB 3.2 20Gbps USB 3.2 Gen 2×2 SuperSpeed USB 20Gbps

Jika USB 3.2 memiliki kepantasan pindahan data sehingga 20Gbps, USB4 pula dikatakan akan menggandakan kelajuan tersebut.

Ini bermakan kelajuan yang mampu dicapai oleh sambungan USB4 ini adalah 40Gbps iaitu menyamai kelajuan sambungan Thunderbolt 3.

USB4 mampu menyamai sambungan Thunderbolt 3 kerana arkitektur pembangunan USB4 adalah berasaskan spesifikasi yang sama dengan sambungan Thunderbolt yang bangunkan oleh pihak Intel Corporation.

Berikut adalah spesifikasi awal USB4:-

  • Two-lane operation using existing USB Type-C cables and up to 40 Gbps operation over 40 Gbps-certified cables
  • Multiple data and display protocols to efficiently share the total available bandwidth over the bus
  • Backward compatibility with USB 3.2, USB 2.0 and Thunderbolt 3

Peranti USB4

Walaubagaimanapun, peranti USB4 dijangka tidak akan muncul dalam masa terdekat ini. Pengumuman tentang kehadiran USB4 hanyalah sekadar spesifikasi awal sahaja buat masa ini.

Malah terbitan penuh USB4 juga masih belum dikeluarkan lagi di mana ia hanya dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini nanti.

Jadi, peranti-peranti USB4 juga tidak akan muncul pada tahun ini. Berkemungkinan dalam tahun 2020 atau lewat dari itu barulah peranti USB4 dijangka akan mula menjengah pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here