Tak sampai 3 tahun pun…

Valve pada minggu lalu telah memaklumkan bahawa platfom realiti virtual mereka iaitu SteamVR telah pun ditamatkan sokongannya ke atas sistem macOS.

Ia hanya selepas kurang dari 3 tahun Apple mengumumkan sokongan VR menerusi macOS Sierra pada tahun 2017 lalu.

Walaubagaimanapun menurut laman uploadVR, jika pengguna Mac masih mahu memainkan SteamVR di macOS, mereka masih boleh melakukannya dengan memasang perisian virtual pihak ketiga seperti Parallels Desktop atau VMware Fusion.

Komputer Apple Macintosh mula menyokong peranti VR selepas Apple menaik taraf ciri grafik macOS kepada Metal 2 menerusi versi macOS Sierra 10.12 pada tahun 2017 dahulu.

Selain Valve, Apple turut bekerjasama dengan pihak Unity dan Unreal Engine bagi membolehkan pembangunan VR di Mac dijayakan oleh para pembangun macOS.

Penamatan SteamVR di macOS tidak mengejutkan kerana hasil survey oleh pihak Valve mendapati, kurang daripada 4% pengguna Steam aktif menerusi platfom macOS.

Selebihnya, pemain menggunakan sistem Windows dan Linux untuk bermainan permainan komputer yang ditawarkan Steam.

Valve juga menyatakan bahawa penamatan SteamVR di macOS bagi membolehkan mereka memfokuskan pembangunan SteamVR untuk pengguna Windows dan Linux.

SteamVR has ended macOS support so our team can focus on Windows and Linux.¬†We recommend that macOS users continue to opt into the SteamVR [macos] branches for access to legacy builds. Users can opt into a branch by right-clicking on SteamVR in Steam, and selecting Properties… -> Betas.” Valve

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here