macOS

Aplikasi mungkin akan menjadi lebih laju tapi…

Menerusi penelitian lebih mendalam terhadap kod macOS Catalina 10.15.3 versi beta, didapati terdapat kod tersembunyi di dalam versi macOS beta itu yang memberikan klu bahawa Apple mungkin akan perkenalkan ciri ‘Pro Mode‘ pada versi macOS akan datang.

Ciri itu pula boleh diaktif atau dinyah aktif oleh pengguna menerusi tetapan khas. Ia pertama kali dilaporkan oleh laman 9to5Mac hari ini.

Dengan mengaktifkan ciri Pro Mode, aplikasi-aplikasi yang dipasang dalam macOS dijangka akan menjadikannya lebih pantas apabila digunakan.

Tetapan ini pastinya akan memberikan kelebihan bagi mereka yang kerap memainkan permainan komputer di atas platfom Mac.

Tetapan Pro Mode ini ada kaitan dengan sistem pengurusan kuasa macOS.

Walaubagaimanapun, jelas sekali apabila kuasa pemprosesan dipertingkatkan, sudah pasti kapasiti bateri komputer riba Apple MacBook juga akan lebih cepat habis.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada tetapan Pro Mode ini khusus untuk model Mac tertentu atau pun tidak. Tetapi ia seperti hanya dibangunkan untuk komputer riba Apple sahaja.

Ciri ini masih belum dapat diaktifkan buat masa ini tetapi dijangka hanya model MacBook seperti MacBook Pro 16″ atau terbaru sahaja yang akan dimuatkan ciri ini kerana ia menggunakan rekaan termal lebih moden bagi menguruskan haba yang dihasilkanoleh Mac tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here