watchOS3 tvOS macOS iOS

4 perkara utama bagi edisi WWDC 2016.

Sebentar tadi baru sahaja tamat pembentangan oleh Apple dalam acara WWDC 2016. Terdapat 4 perkara utama yang dibentangkan tadi iaitu watchOS 3, tvOS macOS Sierra dan iOS 10.

watchOS 3

watchOS dan aplikasi Breath

Pembentangan dimulakan dengan watchOS 3. Terdapat banyak ciri-ciri utama dalam watchOS 3. Antara ciri yang menarik perhatian ariffmac adalah Watch Faces. Ciri ini membolehkan pengguna mengubah antaramuka Apple Watch dengan lebih mudah dan mengaktifkan applikasi dengan lebih pantas. Selain itu, terdapat aplikasi terbaru dalam watchOS yang dipanggil Breath App. Apps ini dapat membantu anda dalam melakukan aktiviti pernafasan yang secara tidak langsung membantu anda mengawal tekanan, bernafas dengan lebih baik dan mengawal kesihatan jantung anda.

tvOS

Siri di Apple TV

Ciri utama bagi tvOS pula adalah dengan adanya fungsi Siri dalam tvOS. Kini pengguna Apple TV boleh memberikan arahan suara kepada Siri untuk melakukan tugas seperti mencari rancangan TV yang terdapat dalam Apple TV dan mengaktifkan sesebuah aplikasi dengan hanya arahan suara pengguna tersebut. Juga terdapat dark mode bagi antaramuka Apple TV.

macOS

macOS Sierra

Akhirnya seperti yang diramalkan, Apple telah menukarkan nama sistem operasi Mac OS X kepada macOS. Sistem operasi macOS 10.12 terbaru dikenali sebagai macOS Sierra. Sepertimana tvOS, macOS Sierra juga akan mempunyai fungsi Siri. Untuk mencari fail, maklumat atau sebarang perkara di Mac, anda hanya perlu memberikan arahan suara kepada Siri (tak perlu lagi menaip di Search).

iOS 10

Terdapat beberapa ciri utama dalam iOS 10 yang dipertontonkan tadi. Tapi yang paling menarik perhatian penonton adalah fungsi terbaru aplikasi Messages. Apple telah melakukan perubahan ketara bagi Messages. Pengguna iOS kini bukan sekadar hanya menghantar teks, gambar dan sticker sahaja, tetapi juga animasi, fungsi Tapback yang memudahkan anda respon kepada setiap mesej dengan visual yang lebih menarik dan fungsi skrin penuh untuk aplikasi Messages.

 

Artikel Berkaitan

Bersedia untuk 21 Mac 2016! Apple Inc. secara rasminya telah mengeluarkan jemputan bagi acara khas mereka yang akan berlangsung pada 21 Mac 2016 ini (kalau Malaysia 22 Mac lah). ...
Mari menonton acara Apple secara langsung Pada malam ini, Apple inc. akan memperkenalkan barisan produk barunya di ibu pejabat Apple, Cuppertino, California. Kurang 6 jam dari sekarang acara t...
Terlupa Username & Password Login Mac Kalau ada yang terlupa Username & Password Login Mac, begini caranya untuk reset balik semua tu. Disebabkan banyak sangat username dan password y...
Broadcast Asia 2016 Himpunan penggiat Industri Kreatif terbesar di Asia! Pada seminggu yang lepas telah berlangsungnya acara terbesar bagi para penggiat Industri Kreatif...
Apa itu Jailbreak Perkara yang perlu anda tahu sebelum jailbreak! Sekitar tahun 2007 hingga 2014, jailbreak amat popular dikalangan pemilik iPhone dan iPad. Walaubagai...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen