13 June WWDC 2016
Hanya tinggal 4 hari lagi untuk acara istimewa Apple.
Tinggal lebih kurang 4 hari sahaja lagi sebelum bermulanya acara istimewa Apple iaitu WWDC 2016 (World Wide Developer Conference). Acara tersebut akan bermula pada 13 june 2016, tepat jam 10 a.m (1.00 pagi, Selasa, 14 Jun 2016 waktu Malaysia) yang akan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco. Bagi acara kali ini, Apple telah menghasilkan aplikasi khas WWDC untuk pengunjung/peserta yang akan hadir pada acara tersebut. Kalau ada di antara anda yang pergi boleh la download apps tu terus dari App Store (untuk peranti iOS dan tvOS).
Tapi kalau tak pergi (sebab jauh sangat) anda juga boleh menonton acara tersebut secara langsung melalui peranti iOS. Anda perlukan apps Safari dan iOS 7.0 ke atas. Tapi bagi anda yang tidak menggunakan peranti iOS (iPhone, iPad dan iPod Touch), anda juga boleh menonton acara WWDC ini secara langsung melalui komputer Mac anda. Anda hanya perlukan aplikasi pelayar web Safari 6.0.5 ke atas dan sekurang-kurangnya Mac OS X 10.8.5.
Tapi bagi anda yang tidak menggunakan Mac (PC user lah tu) anda turut boleh menonton secara langsung dengan menggunakan perisian Microsoft Edge bersama Windows 10. Tapi kalau anda tiada Mac atau peranti iOS mahupun PC (agak mustahil di era sekarang), tapi yang peliknya anda memiliki Apple TV generasi ke 2 dan 3 bersama perisian 6.2 dan ke atas atau Apple TV terbaru (generasi ke 4), maka secara rasminya anda boleh menonton acara WWDC tersebut. 😀
Tinggalkan Komen