Jangkaaan untuk WWDC 2016
Apa yang akan Apple perkenalkan di WWDC 2016 awal pagi nanti.
Seperti yang anda sedia maklum, kurang daripada 14 jam dari sekarang acara WWDC 2016 akan bermula. Acara tersebut akan bermula pada awal pagi nanti (waktu Malaysia) pada 14 Jun 2016, jam 1.00 pagi. Terdapat banyak khabar angin bertiup kencang tentang apa yang akan ditonjolkan oleh CEO Apple, Tim Cook bagi produk-produk terbaru Apple.
Terdapat beberapa perkara yang dispekulasi akan dipertontonkan oleh Apple pada WWDC kali ini iaitu :-
1. MacBook Pro terbaru
Dikhabarkan yang Apple sedang membangunkan rekaan terbaru bagi MacBook Pro. Khabar angin ini bermula apabila gambar rekaan terbaru bagi MBP tertiris di alam maya. Ramai pemerhati membayangkan Apple akan memperkenalkan MacBook Pro dengan rekaan terbaru. Gambar tersebut mula tertiris dari laman web Cult Of Mac.
2. Mac OS X kepada MacOS / macOS
Nama Mac OS X mungkin akan ditukar kepada MacOS. Khabar angin ini muncul setelah Apple secara tidak sengaja (atau mungkin lebih kepada sengaja) telah mengubah nama tersebut secara diam-diam pada laman web mereka. Ia mula diperasan oleh pemerhati apabila Apple telah mengubahnya di laman web mereka kepada MacOS dibahagian Environmental pada acara khas Apple, 21 Mac 2016 yang lepas. Walaubagaimanapun tidak lama kemudian Apple telah menukar semula kepada Mac OS X. Kemungkinan besar Apple akan menukarkan nama Mac OS X kepada MacOS atau macOS adalah tinggi. Ini kerana jika anda perhatikan pada nama sistem operasi bagi Apple TV dan Apple Watch adalah tvOS dan watchOS.
3. Siri dan Mac OS X
Siri merupakan perisian antaramuka yang terdapat pada peranti iPhone. Apple membangunkan Siri bagi membolehkan anda bercakap dengannya bagi melakukan pelbagai tugas seperti menghantar mesej, membuat panggilan malah membuat tempahan seperti membeli tiket kapal terbang, tempahan restoran dan banyak lagi. Semuanya hanya dengan anda bercakap dengan Siri melalui arahan yang diberkan oleh anda kepadanya.
Kini terdapat khabar angin yang Siri mungkin dimasukkan ke dalam sistem Mac OS X. Ia merupakan antara ciri-ciru terbaru yang amat dinantikan oleh pengguna Mac. Jika Siri dimasukkan ke dalam Mac, ia pasti akan menjadikan segala kerja anda dengan Mac menjadi lebih mudah dan menyeronokkan (sebab Siri ni boleh bersembang dengan penggunanya).
4. iOS 10
Apple juga mungkin akan memperkenalkan sistem operasi terbaru bagi peranti iOS. iOS terbaru sekarang adalah iOS 9. Jadi kemungkinan besar Apple akan menaik taraf iOS 9 kepada iOS 10. Ciri terbaru iOS 10 yang sedang hangat dikhabarkan adalah dark mode (mod gelap). Ia mula diperkatakan apabila Apple menggunakan warna gelap pada laman web WWDC 2016.
5. Selain itu…
Selain daripada yang disebutkan di atas, Apple juga mungkin akan turut menunjukkan pembangunan masa depan sistem operasi bagi peranti Apple TV dan Apple Watch, tvOS dan watchOS. Juga tidak lupa kepada Apple Pay dan iCloud yang mungkin akan dinaik taraf.
Tinggalkan Komen