Acara yang akan menghimpunkan ribuan pembangun perisian, aplikasi dan sistem operasi Apple dari seluruh dunia.

Pada hari ini, Apple Inc. telah mengumumkan mereka akan menghoskan acara terbesar mereka iaitu Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen McEnery, San Jose, California, bermula dari 3 Jun hingga 7 Jun 2019 nanti.

WWDC 2019 yang bertemakan Write code. Blow minds itu bakal menghimpunkan ribuan pembangun perisian, aplikasi dan sistem operasi Apple dari seluruh dunia.

WWDC bukanlah acara terbuka kepada umum. Untuk menyertai acara ini, anda mestilah berdaftar dengan Apple Developer Program atau Apple Developer Enterprise Program.

Anda juga perlu membeli tiket acara tersebut yang berharga USD1599.

Tidak setakat itu, peluang untuk membeli tiket ke WWDC19 juga ditawarkan secara pilihan rawak yang akan boleh didaftar bermula dari 20 Mac nanti.

apple product
Terdapat lebih daripada 1.4 bilion peranti Apple yang menjalankan sistem operasi iOS, macOS, watchOS dan tvOS di seluruh dunia. Kredit imej: Apple

Pada acara tersebut, Apple dijangka akan membentangkan perancangan masa depan mereka untuk sistem operasi peranti-peranti utama mereka iaitu macOS, iOS, tvOS dan watchOS.

Mungkin pada acara itu nanti, Apple akan mengumumkan kemaskini terbaru untuk peranti iOS (v13), macOS (v10.15), watchOS (v6) dan tvOS (v13) yang mengandungi pelbagai ciri-ciri terbaru yang menarik

Tetapi itu juga bermakna, versi-versi terbaru sistem operasi tersebut mungkin tidak lagi akan menyokong peranti-peranti Apple terdahulu.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here