XOX MOBILE

Inisiatif merangkumi strategi XOX yang lebih luas untuk meningkatkan ekosistem digital.

XOX MOBILE Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh XOX Berhad, pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO), hari ini mengumumkan kerjasama dengan Mastercard untuk memperkenalkan Kad Prabayar Mastercard XOX.

Ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan ekosistem digital untuk lebih daripada 2.5 juta pelanggan XOX MOBILE.

XOX telah dianugerahkan dengan kelulusan penerbit daripada Mastercard pada bulan Mei 2019.

Perkembangan Kad Prabayar Mastercard XOX akan melengkapkan XOX E-Money yang sedia ada, platform e-wallet yang direka untuk pelanggan XOX MOBILE.

XOX E-Money membolehkan pengguna membuat pembelian dan mengakses promosi serta pakej eksklusif dari rangkaian peniaga yang semakin berkembang.

Menurut Ng Kok Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX MOBILE, Malaysia telah melihat peralihan platform kepada e-wallet dan para penyedia sedang memikat pengguna untuk menyertai platform mereka, dan pertarungan untuk menjadi “go-to-app” diteruskan.

“Strategi kami adalah untuk melengkapkan pelanggan sedia ada kami, dengan menjadikan gaya hidup digital mereka lebih holistik, dan itu menjadi sebab kami memilih untuk bekerja dengan Mastercard. Kami melihat sinergi yang hebat apabila Mastercard menghampiri kami untuk bekerjasama, ” kata Ng.

Menurut kajian, Malaysia berada di posisi matang bagi penggunaan e-wallet, dengan kadar penembusan pasaran telefon bimbit mencecah 64%, dan 59% daripada belia dan golongan celik teknologi berada dalam lingkungan bawah umur 35 tahun.

Pasaran e-wallet diunjurkan berkembang menjadi 20 bilion USD menjelang 2024, dengan penggunaan utama dalam sektor runcit, makanan dan minuman, e-dagang, pengangkutan, pembayaran prabayar, pembayaran bil dan pemindahan secara langsung.

Perry Ong, Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei berkata, rakyat Malaysia sedang merangkul gaya hidup digital dan perniagaan perlu terus maju dengan penyelesaian kreatif untuk memenuhi pemintaan pasaran dan meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi inovasi dan kerjasama.

Perkongsian dengan XOX MOBILE datang pada masa yang tepat kerana kerjasama ini dapat memenuhi keperluan untuk kemudahan, keselamatan dan kelajuan yang lebih besar dalam semua aspek digital – termasuk pembayaran.

Pelanggan XOX MOBILE tidak lama lagi akan dapat menikmati kemudahan membuat pembayaran secara mudah, selamat dan pantas dengan Mastercard, di mana pelanggan diberi pilihan untuk memiliki kad Mastercard berbentuk maya atau fizikal, yang dikendalikan melalui aplikasi XOX MOBILE. Pelanggan juga dapat menyemak baki, tambah nilai, sejarah transaksi dan tabiat perbelanjaan mereka.

Pengeluaran Prabayar Mastercard XOX dijangka berlaku menjelang akhir tahun 2019 atau awal tahun 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here